INTRODUCTION TO FOOD HYGIENE AND SAFETY
PENGENALAN
Food hygiene and safety merupakan satu
istilah inggeris yang membawa maksud kepada kebersihan dan keselamatan makanan.
Maksud kebersihan makanan adalah keadaan makanan yang bebas dari kotoran , juga
bererti bebas dari virus, bakteria patogen dan bahan kimia. Manakala
keselamatan makanan pula merujuk kepada pengendalian dan penyimpanan makanan
dengan cara yang selamat untuk megelakkan pencemaran makanan dan mencegah
penyakit bawaan makanan.
Antara langkah ke arah keselamatan makanan adalah
pelabelan makanan, kebersihan makanan dan garis panduan dalam pengurusan import dan eksport makanan dan pensijilan untuk makanan. Makanan itu haruslah
bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis bahan
buangan yang lain.
Ia merupakan suatu pencegahan
penyakit yang menitik beratkan kegiatannya pada usaha kebersihan /kesihatan dan
keutuhan makanan itu sendiri.
Food hygiene merangkumi dua
persoalan :
Kualiti makanan :
Tidak busuk, tidak bertoksik,
mempunyai nilai pemakanan yang baik dan
tidak membahayakan kesihatan
Kuantiti makanan :
Jumlah makanan yang cukup untuk
kelangsungan hidupnya. Kuantiti meliputi bahagian makanan dan jumlah tenaga
yang terkandung di dalam makanan itu sendiri
Perkhidmatan
makanan (food service manager)
Merujuk
kepada sesuatu institusi atau kedai makan atau restoran atau pihak-pihak
tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah
siap untuk dipesan dan dimakan di premis. Ia
meliputi kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Perkhidmatan makanan
amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggann kerana itu banyak dari
pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej pengurusan dan khidmat
penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos,
kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan.
KEBERSIHAN DIRI/CHEF
·
Rambut
Sentiasa cuci rambut
sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Ikat rambut (bagi yang berambut panjang)
semasa mengendalikan makanan. Pakai topi bagi menutup agar rambut tidak jatuh
kedalam makanan.
·
Muka
Senantiasa membasuh dan
membersihkan muka. Jaga kulit muka dengan baik agar tidak berminyak dan
berjerawat.
·
Hidung
Sentiasa membersihkan hidung.
Kurangkan sentuhan terhadap hidung kerana bakteria banyak membiak di bahagian
hidung.
·
Badan
Mandi sekurang-kurangnya 2 kai
sehari. Pakai sabun yang membasmi kuman dan pakai penggosok badan untuk membuka
daki dan kotoran pada kulit.
·
Tangan
Cuci tangan dengan cara yang
betul. Cuci tangan selepas ke tandas dan selepas menyentuh sebarang benda,
peralatan atau permukaan yang kotor.
·
Kuku
Sentiasa memastikan kuku pendek
bagi mengelakkan kotoran pada kuku masuk di dalam mkanan.
·
Mulut
dan gigi
Sentiasa memberus
gigi sekurang-kurangnya 3 kai sehari.
KEBERSIHAN TEMPAT KERJA/DAPUR
·
Meja
kerja
Sentiasa
bersih dan bebas dari kotoran. Lap selepas menggunakannya.
·
Lantai
Sapu
dan mop lantai dapur setiap hari ataupun setiap kali habis menggunakan dapur.
·
Dinding
& siling
·
Pastikan
dinding bersih dari sesawang labah-labah.
·
Sinki
Pastikan sinki dibersihkan selepas menggunakannya.
KEBERSIHAN PERALATAN
- Penjagaan dan pembersihan peralatan
•
Alatan
memproses seperti pengisar,pengadun,alat memasak seperti dapur memasak dan lain
lagi perlulah dibersihkan setiap kali digunakan.
•
Alat
penyejuk beku seperti peti sejuk,chiller hendaklah dibersihkan pada
setiap hujung minggu.
•
Peralatan
yang kecil dikeringkan dan disimpan dengan tersusun.
- Kepentingan penjagaan dan pembersihan peralatan :
•
Dapat
mengelakkan peralatan bertagar.
•
Mengelakkan
pembiakan mikroorganisma dan haiwan perosak seperti bakteria dan lipas yang
boleh mencemarkan makanan.
•
Mengelakkan
berlakunya kemalangan akibat penggunaan peralatan yang rosak yang tidak bersih
•
Memberikan
imej yang positif terhadap premis dan pengusaha makanan.
KEBERSIHAN MAKANAN
1.
Penyediaan makanan.
- Menyediakan makanan dengan
cara yang betul dan kebersihan makanan dijaga.
2. Penyimpanan makanan.
- Menyimpan makanan pada suhu
yang betul (bergantung dengan jenis makanan)
- jangan biarkan makanan
terdedah dan berada dalam suhu bilik pada jangka masa yang lama.
3. Penghidangan makanan
- Hidang
makanan menggunakan peralatan yang
sesuai.
KEPENTINGAN
SANITASI DALAM INDUSTRI
·
Food
hygiene
membantu produk makanan kita berkualiti dan menjadi produk yang menjadi tarikan
kepada pelanggan
·
Dapat
mencerminkan imej yang baik kepada fasiliti contohnya hotel yang bertaraf 5
bintang
·
Dapat
memberikan suasana yang harmoni, selesa kepada pelanggan dan pekerja
·
Dapat
menghasilkan makanan yang berkualiti tinggi
·
Dapat
mencerminkan keperibadian seorang chef yang profesionalisma dalam pekerjaannya
FOOD SERVICE MANAGEMENT
·
Perancangan
yang berterusan atau mengurus aktiviti sesebuah organisasi atau jabatan yang
menghidangkan makan dan minum pelanggan dalam sesebuah fasiliti, contohnya
hotel, restoran dan sebagainya
·
Terdapat
beberapa pekerjaan dalam food service management ini antaranya ialah:
ü
Banquet
manager
ü
Catering
manager
ü
Director
of Food and Beverage
ü
Food
and Beverage manager
ü
Food
service director
ü
Food
service manager
ü
Food
service supervisor
ü
Kitchen
manager
ü
Restaurant
General manager
ü
Restaurant
manager
SEMUA PEKERJAAN INI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK :
·
Mengawal
penyediaan hidangan makanan, saiz porsi, hiasan
·
Mengira
keuntungan dan membuat deposit kepada bank.
·
Mengurus
dan menyelesaikan masalah-masalah mengenai kualiti makanan, pengurusan makanan
·
Mengurus
bahan makanan yang dimasak untuk menjaga kualiti makanan dan dihidang sesuai
dengan masa yang diperuntukkan.
·
Mengawal
sanitasi kesihatan pekerja dan peraturan yang harus dipatuhi semasa penyediaan
makanan dan layanan yang harus diberikan kepada pelanggan dan membina satu
organisasi yang mengurus sesuatu majlis.
CAUSE OF FOODBORNE
· Foodborne illness
dalam bahasa Melayunya ialah penyakit bawaan makanan
· Penyakit bawaan
makanan adalah penyakit yang dialami oleh sesetengah orang apabila mereka
termakan makanan yang tercemar
· Terdapat dua jenis
penyakit bawaan makanan iaitu:
1. Food infections
(jangkitan makanan)
-
Toksin yang sedia ada dalam makanan. disebabkan oleh orang yang secara langsung
memakan makanan tanpa periksa keadaan sesuatu makanan dan juga disebabkan
mikroorganisma berbahaya yang membiak dalam badan
2. Food intoxication
(keracunan makanan)
- Disebabkan oleh bakteria yang telah
menghasilkan toksin dalam makanan
sebelum makanan tersebut dimakan
SUNTIKAN TYPHOID
·
Wajib
diambil oleh peniaga dan pengusaha makanan
·
Untuk
mengelakkan berlakunya typhoid (demam kepialu) atau keracunan makanan
kepada pelanggan
·
Boleh
didapatkan dalam dua bentuk iaitu melalui suntikan dan pengambilan dalam bentuk
tablet
Comments
Post a Comment